HUJAH BUATMU


Tiba saatnya nanti,
Akan ku terimamu sebagai amanah,
Keranaku hormati tuntutan fitrah,
Akan ku hiasi hidupnya dengan hasanah,
Aku ku pandu cintanya menuju jannah,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Ukhtiku
Ku ingin menjadi ayah siwibawa rasulullah,
Ku ingin dia menjadi biadadariku disana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,
kerana fitrah cinta tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.

Ukhtiku
Ku kenali putriku berakhlak mulia,
Ku kenali putriku tekun beragama,
Perteguhkan lah dia dengan ketinggiannya,
Hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia.

Akan ku sentiasa menunggu,
Biar rinduku ku mengadu pada-Nya,
Akan ku persiapkan diriku menanti dirinya,
Biar tidak bersua agar Dia memberi kemanisan beribadah pada-Nya,
Kerana kemanisan iman ada tiga.
Wahai putriku, hunuskan dirimu, jagalah ikhtilatmu,
Tuhanku, andai aku rindu padanya,
Berilah ketenangan pada hati supaya tidak lalai kepada-Mu,
Akan ku menantimu dengan penuh kesabaran,

Ya Allah
Peliharalah hati agar cinta padanya tidak melebihi cinta pada-MU,
Penuhkan lah hatinya dengan ilmu agama-Mu,
Sinarkan hidupnya dengan cahaya hidayah-mu,
Ku titipkan namanya dalam setiap doaku,
Agar dia kenang ku dalam doa kepada-Mu.

Comments

Popular Posts