CINTA

Menulis tentang cinta
Hanya pada manusia
Menulis tentang cinta
Mengapa pada manusia?
Menulis tentang cinta
Bukankah Allah lebih utama?
Bukankah Rasul lebih layak menerima?

Aku tidak melarang kisah cinta
Tapi aku takut!
Takut mereka bercinta
Langsung putus asa
Kerna cinta lebih dari pencipta
Perintah Allah mereka alpa
Rasulullah terus dilupa
Amalan wajib sambil lewa
Hanya kerana cinta manusia!

Aku juga ingin bercinta
Lumrah aku sebagai hamba
Tapi tuhan belum mengizinkanya
Andai bisa mungkin sudah bersedia
Andai aku bercinta
Aku tidak mahu cintaku ke neraka
Andai aku bercinta
Aku tidak mahu dia jatuh sengsara
Andai aku bercinta 
Cukup Allah menjadi panduan kita
Andai aku bercinta 
Cukuplah satu yang setia

Ya Allah! Jika ku bersedia 
Izinkan aku bercinta

P/S : KENANGKU DALAM DOAMU
#LFJOURNEY

Comments

Popular Posts