KASIH DALAM HATI

HATI...
Bila futur,
Jangan lupa bangkit.
Hati remuk ?
Itu kerana kamu terlampau asyik,
Beri hati kamu kepada tangan-tangan kotor manusia,
Yang tidak tahu menghargai.
Penat,
Ya, memang penat,
Penat nak menjaga hati orang,
Penat nak menjaga hati sendiri,
Serahkan semua kepada pemilik hati,
Biar Dia ubati,
Biar Dia rawati,
Dan kamu akan sembuh semula.
Bila dah sembuh,
Beringat!
Jangan beri lagi hati itu pada mereka-mereka.
Cukup sekali,
Jangan biarkan kamu jatuh lagi sekali,
Dalam lubang yang sama.


p/s : Bukannya Allah tak tahu remuknya hati, Bukannya Dia tidak pedulik pedihnya diuji, Dia tahu kita mampu hadapi :)

KENANGKU DALAM DOAMU...

Comments

Popular Posts