PUISI BUATMU


Wahai puteri solehah
Mengapa kita sering berjauhan
Sedangkan kita teman seperjuangan
Yang selalu tidak mahu keseorangan
Kerna terus memberi semangat maju kehadapan

Wahai puteri solehah

Ku bersyukur pada-Nya
Kerna dianugerahkan teman sebegini rupa
Kau tetap puteriku yang akan ku setia

Wahai puteri solehah

Bersabarlah dan berdoalah kepada-Nya
Jangan kau tangisi penghijrahanku bertahun lamanya
Istiqamah dalam tuntutan syariat agama
InsyaaAllah pertemuan kita
Satu hari nanti dengan penuh bahagia
Aku berjanji untuk tuntut ilmu penuh di dada
Mendidik puteri hingga akhir nyawa
Andai tidak di dunia
Akhirat kekal abadi yang tidak terhingga.

P/S : KENANGKU DALAM DOAMU

Comments

Popular Posts