PAHAMI LAH AKU

Aku tidak pernah berlari
Tiada pula ingin pergi
Aku tiada rasa bosan dihati 
Kerna aku yakin pada ilahi
Dan sebab itu aku berdiri

Aku tahu jodoh itu rahsia
Aku tahu mati tiada tentu masa
Aku tidak tahu hidup sampai bila
Kerna aku tahu itu sirr yang Esa
Aku hamba mendamba cintaNya

Apa salahnya aku mencuba
Andai punya peluang kedua
Tapi bukan sekarang waktunya
Kerna aku seorang pendosa
Aku ingin berhijrah padaNya

Dalam diamku
Aku ingin perbaiki diriku
Dalam sepi penulisanku
Aku ingin tumpu pada yang satu
Yang cintaNya tiada pernah ragu

Apa kau marah dalam diamku?
Apa kau benci penghijrahanku?
Aku harap tidak begitu
Aku berharap kita bersama berhijrah
Menuju ke syurga lillah

Usah bersedih hati
Andai ditakdir bersama lagi
Biar jauh pergi tetap kembali
Kenangku pada ilahi
Kerana Allah pemilik hati

Cukup satu dalam sejuta
Tiada dua dalam bercinta
Hanya satuku pinta
Cerita semua kisah kita
Tentang aku kau pada Dia

P/s : KENANGKU DALAM DOAMU

Comments

Popular Posts