KETABAHAN JIWAKU

Aku belajar melupakan kisah silam yang sarat dendam dari api yang tak mungkin pernah padam.

Aku belajar mengharungi hari ini yang penuh dengan teka-teki kerana waktu belum lagi terhenti.

Aku belajar menghargai hari esok yang banyak lagi tersorok memanggilku untuk menjenguk.

Aku belari jauhnya tak bertepi tak ku peduli kaca dan duri melukai diri.

Aku melangkah dalam keadaan pasrah tak ku hirau harapanku musnah yang membuat ku tabah.

Aku belajar mencintai dan dicintai, menerima dan memberi, tertawa dan menangis setiap detik dan setiap hari dari semua yang telah ku pelajari.

p/s : aku tahu semuanya bukan mudah.
KENANGKU DALAM DOAMU

Comments

Popular Posts