ANDAI ITU SURATAN TAKDIR

Kita didunia ini umpama layang-layang dilangit takdir,
Kita terbang tinggi, rendah, jauh ataupun dekat,
Hanya di lembayang iradahnya,
Kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan,
Selagi kertas tidak koyak,
Selagi rangka masih teguh,
Tapi..
Apabila tali sudah ditarik,
Turun lah dengan redha,
Kita tidak berhak untuk terus terbang,
Sekiranya maut menjemput pulang.

P/S : KENANGKU DALAM DOAMU

Comments

Popular Posts