IMPIANKU

Aku ingin menjadi muslimah itu .
Disaat remaja lain sibuk mengejar cinta manusia .
Dia juga sibuk mencari cinta 
Tapi bukan cinta manusia yang dihauskan
Bahkan ia cinta yang agung .
Cinta pada illahi

Aku ingin menjadi muslimah itu .

Disaat yang lain menyerahkan hati kepada sang ajnabi ,
Dia tunduk menahan panahan syaitan 
buta dengan pujuk rayu sang lelaki
Tidak mudah terperangkap dengan cinta yang sementara 
Yang tidak kekal buat selamanya .

Aku ingin menjadi muslimah itu .

Disaat ramai berlabuh dikala malam menginjak,
Dia berlabuh dihamparan sejadah,
Menangisi dosa-dosa yang tidak diketahuinya, 
Memaafi yang zalim terhadapnya,
Tekad dalam mengapai mardotillah .

Aku ingin menjadi muslimah itu .

Disaat remaja menangis kerana kecewa cinta manusia,
Takut tersalah dalam meletakkan cintanya kerana dia tahu,
Cinta itu membutakan hati,
Dikala cinta Allah dibelakangkan .

Aku ingin menjadi muslimah itu .

Disaat remaja sibuk mengayakan fesyen semasa,
Dia sibuk mencari kain yang tebal,
Demi menutup perhiasan diri,
Tidak mahu menambah dosa,
Kerana tidak mahu menjadi penghuni neraka .

Aku ingin menjadi muslimah itu .

Disaat yang lain hanyut dalam buaian nafsu,
Dia menyemai permata iman dan taqwa,
Agar dapat berteduh dari kepanasan nafsu,
Yang membakar diri kejalan yang salah .

"KENANGKU DALAM DOAMU"


Comments

Popular Posts