RASA YANG DISIMPAN


Diri ini kehausan
Sentiasa sepi tiada berteman
Tatkala ujian sentiasa datang
Lemah iman tiada peneman

Ohh Allah..
Indahnya waktu dulu
Hati tenang menjiwai kehidupan
Resah gelisah tiada tandingan
Hanya iman sering menjadi pendampingan.

Ya Tuhan ku..
Berubah ku kini sering kehilangan
Apakah yang hilang..???
Jiwa ku tidak seperti dulu..
Hati bagaikan gila memikirkan
Dimana menghilang dek berteman..?

Ku cuba jadi kuat
Tetapi kesedihan menguasai
Ku cuba jadi sihat
Tetapi badan sering kepanasan iman
Sering ku berlawan
Hanya kelemahan yang ku tunjukkan

Ya Rahman ya Rahim
Titipkan rahmatMu dalam diri ini
Agar tidak mengeluh dengan ujian
Titipkan Redhamu dalam hidup ini
Kerna ku yakin akhirnya dengan kemanisan…
<janji MU itu pasti>


Pls : walau siapa pun kita,jangan lupa darimana asal kita, kita datang dari Allah, kenapa kita dilahirkan? Supaya kita menjadi hamba Allah, kita sanggup susah kerana Allah,kerana menunaikan perintah Allah. Sampai bila? Sampai kita kembali bertemu Allah, marilah kita semua pastikan untuk peluang yang terakhir ini. Kita kembali kepada Nya. kembali sebagai hambaNya. Kembali sebagai hamba Allah.

Comments

Popular Posts