KETIKA HARUS MELEPASKAN

Jika boleh memilih 
Letakkan lah cinta Allah kukuh dihati
Gengamlah cinta manusia hanya ditangan
Kerana kelak andai terlepas
Sakitnya tidak terasa dihati
Akan tiba saatnya
Dimana kita hatus berhenti mencintai seseorang
Bukan kerana kita putus asa untuk mencintainya
Tetapi kerana kita menyendari bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya
Dan kita merasakan bahawa
Insan yang kita cintai itu
Akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya
Jika Allah tidak memberimu seseorang yang kamu impikan
Moga Dia menghadirkan seseorang yang mengimpikanmu
Bila Allah tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu
CINTA itu adalah TANGGUNGJAWAB
Ianya perlu dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin
CINTA itu adalah FITRAH untuk mencintai dan dicintai
Tapi CINTA itu hendaklah dibina atas dasar KEIMANAN
CINTA itu anugerah Allah
Tersimpul padanya ikatan kasih sayang
Namun andai terpaksa kita lepaskan
Ikhlaskan hati pada setiap perkara yang Allah takdirkan
Mencintai seseorang itu seperti mendaki gunung
Makin lama makin jauh dan makin tinggi
Apabila sampai ke puncaknya alangkah terasa sungguh bahagia
Namun.. Apabila jatuh
Sakitnya itu amat terasa
Mencintai tak berarti memiliki

p/s : (Maafkan hati)

Comments

Popular Posts