MASIHKAN BERPELUANG


Aku lelah dengan dunia
Aku jadi penat dengan dunia
Aku tersakiti mengingati dunia
Aku takut akan dunia
Aku menangis gara-gara dunia
Aku kecewa mengharapkan dunia
Aku menyerah dari mencintai dunia

Cukup dengan dunia
Yang sering diagungkan oleh manusia

Kini aku bangkit dengan suatu janji
Yang pastinya selalu diuji
Tetapi akhirnya akan terbukti
Bahawa janji Allah itu pasti
Ohh akhirat
Yang sentiasa kekal abadi
Menjadi idaman untuk memiliki
Oleh manusia untuk hidup kekal abadi
Tetapi sering angkuh dan iri hati
Pada diri yang penuh dosa tak henti
Malu lah sedikit pada sang illahi
Meminta untuk hidup bahagia kini
Tanpa bertaubat untuk diampuni
Akan dosa yang selalu terlahir lagi

Ampuni aku ya Allah
Yang selalu sentiasa disisi ku
Angkuhnya diri ini tidak memandangMu
Malah terusan berbangga diri akan nikmatMu
Berikan ku kesempatan untuk bersujud
Tunduk akan segala perintahMu
Sungguh hanya padaMu aku meminta

P/s : KENANGKU DALAM DOAMU

Comments

Popular Posts